Thursday, May 5, 2011

SEMBANG KEDAI KOPI: 3A (ANWAR, AZIZAH DAN AZMIN)

ANWAR

Semua orang tahu dan kenal Anwar Ibrahim. Beliau bercita-cita

nak jadi Perdana Menteri. Macam-macam cara dibuat untuk

mencapai cita-citanya.

Matlamat menghalalkan cara.

Selepas cita-citanya tak kesampaian akibat dipecat dari jawatan

Timbalan Perdana Menteri, Anwar terus berusaha tanpa jemu

untuk mencapai impiannya.

Walaupun dia dipenjara, namun strateginya diteruskan

melalui orang kepercayaannya.

Maka bermulalah episod politik baru di Malaysia.

Kalau sebelum ni orang tak tau pasal demo jalanan,

Anwar telah memperkenalkannya.

Kalau sebelum ni orang tak tau pasal sumpah laknat, Anwar pencetusnya.

Anwar yang mulakan sumpah laknat dihadapan Dato Harun Din.

Anwar akan terus meracuni pemikiran rakyat demi survival politiknya.

Selagi ada rakyat yang percayakan Anwar, selagi itu Anwar akan

memperkudakan rakyat. Anwar akan sentiasa memainkan sentiment

rakyat, dan rakyat akan mudah terpengaruh dengan dakyah Anwar.

Waima sehinggakan telah keluar video perlakuan buruk Anwar pun

rakyat masih ada yang percayakan Anwar.

AZIZAH

Ramai orang kenal Azizah sebagai isteri Anwar tapi ramai yang lupa

Azizah adalah anak Wan Ismail. Siapa Wan Ismail?

Wan Ismail ialah merupakan bekas Pengarah Gerak Saraf Malaysia

semasa zaman Anwar Ibrahim jadi TPM.

Sedikit sebanyak ilmu perang & gerak saraf pasti diturunkan kepada

anaknya yang merupakan isteri TPM dan Wan Azizah sedang memperaktikkan

ilmu yang diturunkan bapanya.

Wan Azizah yang merupakan isteri bekas TPM semasa Anwar jadi TPM

merana hidupnya. Azizah pernah dimarah dihadapan khalayak ramai.

Azizah pernah dipukul Anwar dan macam-macam tekanan yang Azizah terima.

Azizah pernah minta cerai dari Anwar semasa Anwar dipenjara.

Kenapa Azizah minta cerai kalau tiada masalah.
Azizah tahu cerita Anwar.

Mana mungkin seorang isteri tidak tahu perangai suami. Azizah makan hati

berulam jantung bersama Anwar. Azizah tahu hubungan Anwar dengan isteri Azmin.

Azizah tahu hubungan Anwar dengan Rashid (pembantu Anwar).

Azizah tahu perihal sex Anwar dan Azizah sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

Kini Azizah menggunakan kaedah ‘reverse’ psikologi terhadap Anwar.

Azizah membela Anwar supaya apabila kebenaran terserlah, maka

Azizah akan dilihat sebagai seorang isteri yang baik dan

simpati akan diperolehi Azizah.

Azizah sudah tidak tahan dengan perangai Anwar dan Azizah

sedang membalas dendam terhadap Anwar dengan bantuan dari bapanya.

AZMIN

Kenapa dalam isu liwat dan kes video, Azmin mendiamkan diri?

Sebabnya ini lah peluang Azmin untuk meletakkan dirinya ditempat teratas dalam PKR.

Dengan tindakan Anwar yang sentiasa membawa Nurul Izzah kemana2,

maka Azmin merasakan dirinya telah dipinggirkan.

Azmin sudah tidak sanggup menunggu lama untuk menerajui PKR dan

kalau menang pilihanraya, untuk menjadi Perdana Menteri.

Tindakan Anwar meminggirkan Azmin menyebabkan beliau tidak selesa.

Keadaan yang terjadi hari ni menguntungkan Azmin.

Kalau Anwar bersalah, maka laluan Azmin untuk jadi Presiden PKR lebih mudah.

Wan Azizah bukan boleh buat apa pun. Nurul Izzah juga sama macam ibunya.

Azmin memang mahukan Anwar disabitkan kesalahannya.

Azmin sebenarnya sudah tidak tahan kerakusan seks Anwar bersama isterinya

tambahan pula sekarang ini cerita skandal seks isterinya hangat

diperkatakan oleh adiknya sendiri.

Azmin memang mahukan Anwar, Azizah terpinggir dari PKR dan

Azmin mahu menguasai Pakatan.

Namun harus diingat, ketiga-tiga mereka ni sedang merancang

untuk menjual Negara. Awas dan berhati-hatilah dengan mastermind

politik jahat dan busuk ni!!!

(MELAYU PATTANI *Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.)

# Petikan dari sumber www.peraknews.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails