Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YG KE-53 TAHUN...
31hb OGOS 2010 - 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

ERTI KEMERDEKAAN!!!

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Monday, August 30, 2010

Rakyat Perlu Lakukan Perubahan....

Pada 31hb Ogos 2010 kita menyambut kemerdekaan kali ke-53..
Yang dahulunya negara kita dikenali sebagai Malaya dan
kini setelah negara kita telah mendapat kemerdekaan pada
31hb Ogos 1957 negara kita dinamakan sebagai Malaysia..
Kita sebagai anak2 muda mudi dan berkerakyatan
Malaysia haruslahberasa bertuah dan bersyukur kerana
kita pada zaman sekarang berada dalam negara yang penuh
demokrasi, berbilang kaum dan agama, bertamadun dan
mempunyai akta undang2 negara tersendiri..
Ayuh,kawan2 renung2kan la hari kemerdekaan ini dengan penuh
pengertian dalam melalui kehidupan yg sejahtera di dunia ini...
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!

Puteri UMNO Komited Bantu Masyarakat Yang Memerlukannya..

Petikan dari akhbar Sinar Harian (Perak) - 30hb Ogos 2010 :
Program menghulur sumbangan sempena Aidilfitri kepada
fakir miskin,ibu tunggal dan yg layak menerimanya telah dianjurkan
oleh Puteri UMNOBahagian Bukit Gantang, Perak..
Program ini telah dijalankan dengan lancarnya
pada 29hb Ogos 2010.. Program menghulur sumbangan bukan
sahajapada bulan Ramadhan atau Syawal tapi program sebegini
telah digerakkan oleh Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang
sebelum2 ini dan program ini juga akan diteruskan untuk
memberi bantuan kepada gologan2 yg memerlukannya..
Usaha sebegini perlu diteruskan supaya orang2 sebangsa
dengan kita akan lebih terbela demi negara kita yg tercinta..
Sikap bantu membantu haruslah ada dalam diri sendiri supaya
tebitnya sebuah keikhlasan yg tulus untuk memberi bantuan..
Mudah2an program sebegini perlu diusahakan dengan lebih gigih
dan bersemangat..
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA!!!....

Saturday, August 14, 2010

Syaitan diikat?

ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:

  • Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.
  • Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.
  • Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.
  • Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:

    Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.

    Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.

    Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.

    Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.

    Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".

    Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

    Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".

    Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amiin....

    # renung2kan la demi m'cari lebih kebaikan di bulan ramadhan al-mubarak yg mulia nie... smoga kita semua diberkati dan dirahmati hendak-Nya....


    Sultan Azlan Shah bimbang..

    IPOH 13 Ogos – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (gambar) menzahirkan kebimbangan baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.

    Ini kerana titah Sultan Azlan Shah, kebelakangan ini telah terdengar suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan warga di negara ini sebagai sebuah negara bangsa merdeka lagi berdaulat.

    Dalam titah baginda sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-147 yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, baginda turut mengingatkan, Malaysia telah memilih sistem berkerajaan berteraskan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

    ‘‘Sistem tersebut dicapai berdasarkan formula persepakatan di antara istana dan rakyat; masing-masing ada peranan tertentu terutama dalam suasana yang genting dan kritikal.

    ‘‘Ia memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan kestabilan negara,” titah baginda.

    Malah titah baginda, kemuliaan institusi raja perlu didokong secara bersama dan peranan itu harus dilaksanakan dengan bijak oleh Raja Bergelar, Orang Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negara Perak dalam menjaga nama baik dan imej institusi raja agar tidak tercemar.

    Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-147 itu juga mengesahkan Datuk Mohd. Redzuan Mohd. Kushairi menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Mohd. Zulkifli Mohd. Kushairi yang meninggal dunia 6 Ogos 2009.

    Mohd. Redzuan, 61, yang dilahirkan di Taiping, berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian daripada Universiti Malaya.

    Sultan Perak turut berkenan melantik Datuk Seri Panglima Mohd. Azumi Mohamed, anak kelahiran Batu Gajah yang juga bekas pemain hoki negeri dan kebangsaan, sebagai Ahli Dewan Negara Perak.

    Pelantikan yang berkuat kuasa semalam hingga 16 Mac 2012 itu bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Ismail Shah Bodin.


    Related Posts with Thumbnails