Monday, May 17, 2010

Kegembiraan orang beriman di hari akhirat...

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menambahkan keterangan secara terperinci mengenai keadaan hari kiamat berserta malapetakanya yang mengerikan. Semua itu diterangkan kepada manusia sebagai dorongan agar merenung dalil yang menunjukkan ke-Esaan dan kekuasaan Allah SWT.

Kebenaran hari kebangkitan berserta segala kejadian hari kiamat yang disampaikan melalui lidah rasul-rasul-Nya supaya mereka membekalkan diri dengan amalan soleh sebagai pelita untuk menerangi kegelapan hari kiamat itu.

Allah SWT menerangkan bahawa manusia ketika itu terbahagi kepada dua golongan:

1. Golongan yang sentiasa tersenyum, riang gembira seperti orang yang bertemu kekasihnya. Mereka itu adalah orang yang benar-benar percaya kepada kebenaran dan mengamalkannya.

2. Golongan yang mukanya berdebu, ditutupi asap hitam. Mereka adalah penentang Allah SWT dan rasul-Nya, menolak kebenaran yang dibawa dan enggan berbuat baik sesuai dengan perintah Islam.

Firman Allah SWT: Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat.

Ibn Abbas berkata: al-Shakhah merupakan salah satu daripada nama hari kiamat yang diagungkan Allah SWT dan selalu diperingatkan pada hamba-Nya.

Ibn Jarir berkata: Boleh jadi ia merupakan nama bagi tiupan sangkakala.

Sedangkan Syed Qutb berkata: Perkataan shakhah ialah bunyi yang gegak gempita hampir menembusi telinga ketika ia membelah udara sampai ke dalamnya dengan bunyi yang kuat dan mendesak.

Dengan nada yang keras ini, al-Quran mengadakan persediaan untuk menayangkan pemandangan selanjutnya iaitu pemadanan setiap individu lari dari orang yang paling dekat dengannya.

Firman Allah SWT: Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak-anaknya.

Ibn Kathir berkata: Maksudnya dia mengetahui justeru, dia lari dan menjauh dari mereka kerana keadaan yang sangat menakutkan dan suasana yang tidak tenteram. Dalam hadis sahih disebutkan berkenaan dengan masalah syafaat.

Jika setiap Rasul di kalangan Ulul Azmi diminta memberikan syafaat di sisi Allah, maka dia akan mengatakan: "Saya pun bimbang nasib diriku ini".

Bahkan Nabi Isa a.s sendiri mengatakan: "Aku tidak meminta kepada-Nya kecuali untuk diriku sendiri bahkan aku tidak mampu meminta untuk Maryam walaupun dia ibu kandungku sendiri". Oleh yang demikian, Allah SWT berfirman seperti ayat di atas.

Firman Allah SWT: Kerana tiap-tiap seorang daripada mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

# renung2 kan la dan selamat b'amal dgn lbh t'baik.....

AHLI, PENYOKONG PKR KELUAR PARTI !!!

KIRA-KIRA 1,700 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Barisan Nasional melalui MIC.

Mereka keluar beramai-ramai bukan sebab ‘dibeli’ tetapi kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang disifatkan ‘cakap tak serupa bikin’.

Perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah telah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang. Tunggulah ada lagi yang akan insaf...

BN gagal pertahan kerusi Sibu...


SIBU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Hui Yew memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di sini sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah 32,742 iaitu mewakili 59.86 peratus daripada 54,695 pengundi berdaftar bagi pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Jumlah itu sangat rendah untuk sebuah pilihan raya kecil kerana pada Pilihan Raya Umum 2008, peratus keluar mengundi Parlimen Sibu ialah 67.7 peratus.

Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal sebelum ini telah menewaskan calon DAP yang sama, Ho Leng dalam pilihan raya umum itu dengan majoriti 3,235 undi.

Antara pemimpin DAP yang hadir bagi meraikan kemenangan Ho Leng ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan para penyokong yang menanti di dalam hujan renyai-renyai di luar pagar dewan.

Sepanjang kempen berlangsung sejak 8 Mei lalu, kepimpinan BN berusaha keras meyakinkan pengundi mengenai komitmen kerajaan untuk membantu mengatasi masalah penduduk seperti banjir, pendidikan sekolah Cina dan prasarana yang lebih baik di pedalaman.

Bagaimanapun, usaha itu tidak memberi banyak kesan, terutama di kawasan pengundi Cina yang lebih mengharapkan calon pembangkang untuk mewakili mereka di Parlimen.

Tindakan pembangkang yang memainkan isu-isu sensitif, perkauman dan membenci pemimpin tertentu berjaya memberi kesan kepada penduduk Sibu yang menjadi agak keliru dengan cara 'politik baru' oleh pemimpin pakatan pembangkang dari Semenanjung.

# kpd BN,,jgn cepat putus asa di sbb kan kekalahan di Sibu 16mei2010 lalu.. rakyat Sibu masih ramai pengundi yg x keluar mengundi ms membuang undi tempoh hari.. BN kan terus b'usaha dgn gigih dlm apa jua keadaan... Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan...


Thursday, May 13, 2010

Cantik semula jadi ;>

ALAM semula jadi sememangnya kaya dengan rahsia yang masih belum tersingkap. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya adalah anugerah Maha Pencipta yang bukan saja enak dinikmati malah banyak khasiat di sebaliknya termasuk untuk kecantikan.

PISANG

Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit.

Resipi

*Sebiji pisang masak

*1 sudu madu

*1/2 sudu minyak jojoba

*1 sudu yogurt

*Putih telur

*1 sudu tanah liat putih

Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.

Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.

Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan. Resipi ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.

YOGURT

Produk tenusu ini mengandungi bakteria ‘baik’. Ia boleh digunakan dalam rawatan melembapkan dan membersihkan kulit.

Resipi

*1/4 cawan yogurt

*3 sudu T Honey

*3 sudu puri labu atau

*3 sudu puri lobak merah

Kisar puri labu atau lobak merah (sama ada di dalam tin tanpa bahan pengawet) atau yang dimasak. Campurkan bersama yogurt dan madu. Manjakan seluruh tubuh dengan adunan tersebut dan berendam dalam air suam selama 20 minit, kemudian bilas.

TIMUN

Cucumis sativus

Sayuran ini terkenal kerana kelebihan bahan penyejuk dan astringen yang terdapat di dalamnya. Cuba beberapa hirisan timun untuk melegakan mata yang letih.

Cuba resipi ini untuk merawat rambut akibat klorin selepas berenang di kolam renang.

Resipi

*1 butir telur

*3 sudu minyak zaitun

*1/4 cawan timur yang telah dihancurkan.

Kisar telur, minyak zaitun dan timun. Ratakan campuran bahan tersebut pada rambut, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Untuk hasil yang memuaskan, amalkan resipi ini berterusan.

Lemon

Citrus limonum

Buah ini kaya dengan bahan penyegar dan anti-viral. Cuba buat sendiri semburan untuk rambut menggunakan lemon sebagai bahan asas.

Resipi

*1 biji lemon

*3 cawan air

Hiris lemon dan didihkan secara double boiler. Biarkan sehingga campuran bahan tinggal separuh. Tapis bahan tersebut dan masukkan ke dalam botol penyembur. Tambah setengah cawan air untuk mencairkan bahan tersebut jika perlu.

Semburkan cecair lemon kepada rambut apabila perlu. Oleh kerana ia lembut dan tidak mengandungi alkohol atau bahan kimia, cecair ini sesuai untuk kanak-kanak. Simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

Ambil iktibar sejarah untuk perkukuhkan perpaduan antara kaum....

GENAP 41 tahun, pada tarikh hari ini -13 Mei 1969 tercatat sejarah hitam hubungan kaum negara ini. Peristiwa perbalahan antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Akibat perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir.

Kalau diceritakan kepada generasi muda sekarang, barangkali peristiwa hitam itu tidak memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah semata-mata.

Tetapi elok kita peringatkan pemimpin kaum dan generasi muda sekarang tentang iktibar yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk ini.

Mungkin elok diifikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum.

Tujuannya bukan hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi elok diadakan supaya dapat mengelak peristiwa yang sama berulang.

Semua rakyat majmuk negara ini harus sedar, tidak ada manfaat dan keuntungan kepada mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini.

Tidak ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Untuk mendapatkan bekalan makanan pun susah. Aktiviti harian tergugat.

Yang bermain di dalam minda ketika itu ialah keselamatan diri dan keluarga. Dalam keadaan tegang begini, tahap keyakinan antara kaum amat rendah. Tidak siapa boleh dipercayai.

Dendam dan marah kepada kaum lain berada pada tahap puncak.

Itulah yang terjadi pada peristiwa 13 Mei itu. Ia telah menjadi parut luka yang begitu lama untuk dirawat dan dipulihkan.

Kita bangkitkan nolstagia pedih ini kerana tidak mahu ia terjadi lagi. Tetapi cubaan untuk mencetuskan perbalahan antara kaum ini nampaknya boleh terjadi semula tanpa kita sedari.

Banyak petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.

Apakah kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum?

Sebab itu bibit-bibit pergolakan yang menjurus mengapi-api dan menggasak perasaan kaum tertentu perlu dipantau oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.

Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional.

Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini.

Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh...

Lebih ramai bakal keluar PKR!!!!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan beberapa Ahli Parlimen serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dalam tempoh dua minggu ini.

Menurutnya, kesemua yang berhasrat keluar daripada PKR itu ialah kalangan mereka yang menjadi antara pengasas kepada penubuhan parti serta semangat reformasi satu ketika dahulu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama besar yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian.

Zulkifli berkata, PKR kini umpama parti yang sedang ‘menggali kuburnya sendiri’ berikutan ramai ahlinya sudah mula hilang rasa percaya serta yakin terhadap parti dan kepimpinan atasannya.

‘‘Tunggulah dalam masa dua minggu ini. Kebanyakan yang akan keluar parti ialah mereka yang mempunyai kualiti tersendiri.

‘‘Mereka ini antara penggerak awal kepada semangat reformasi baik peringkat atasan mahupun akar umbi.

‘‘Dua punca mengapa mereka mahu meninggalkan PKR.

“Pertama, kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan serta parti dan keduanya, PKR sudah hilang hala tuju perjuangan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zulkifli dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mendakwa sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri akan bertindak meninggalkan PKR tidak lama lagi.

Jelas beliau, beberapa pemimpin di peringkat bahagian parti di Perak, Kedah dan Selangor juga turut menyatakan hasrat sama sehingga membuatkan bahagian berkenaan dibubarkan.

Zulkifli turut mendakwa bahawa kalangan mereka ada menghubunginya untuk mendapatkan nasihat berhubung hasrat berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di peringkat awal penubuhan PKR, terdapat beberapa pemimpin bertindak meninggalkan parti kerana sudah nampak hilangnya fokus serta hala tuju parti tersebut.

Tetapi, katanya, selepas Pilihan Raya Umum 2008, peringkat akar umbi pula sudah mampu ‘menghidu’ kepincangan yang berlaku di dalam parti sehingga membuatkan mereka melakukan tindakan sama.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melihat tindakan ahlinya keluar parti sebagai sesuatu yang biasa berlaku menjelang pilihan raya, Zulkifli menjelaskan bahawa ia adalah satu sindrom penafian Anwar yang tidak mahu mengakui hakikat.

‘‘Tindakan ini (keluar parti) bukannya bermusim atau semasa hendak pilihan raya sahaja.

‘‘Sebelum ini, ramai bekas pemimpin PKR bertindak keluar parti bukan dalam tempoh berlakunya pilihan raya,’’ katanya.

Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin PKR turut melabelkan tindakan berkenaan sebagai proses pembersihan.

‘‘Saya bersetuju dengan kenyataan itu. Tetapi, ini adalah ‘kerja’ Allah yang mahu menyucikan mereka agar terus meninggalkan PKR,’’ tambahnya.

Kelmarin, di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu, seramai 1,700 ahli PKR turut bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar sekali gus menyebabkan beberapa cawangan PKR di dalam Parlimen itu dibubarkan.. - sumber dari utusan...

Related Posts with Thumbnails