Tuesday, March 29, 2011

BERANI ATAU SALAH?

"KALAU BERANI MENGAKU SAJA BENAR,
TAPI KALAU TAKUT MENGAKU SAJA SALAH.."

ISTILAH BEGINI SERING KITA DENGAR BILA
DUNIA DILANDA KRISIS..
TAPI TAK KURANG JUGA DI NEGARA KITA
MALAYSIA, ISTILAH BEGINI KITA AKAN
SELALU DENGAR..
HANYA KESAHIHAN KEBENARAN ATAU
KESALAHAN DARI MUKA KEADILAN SAHAJA YANG
AKAN MENENTUKAN SEGALA-GALANYA..
JIKA KEBENARAN BERADA DALAM DIRI,
TIDAK SALAH UNTUK MEMBUKTIKAN
YANG BENAR..
TETAPI JIKA KESALAHAN BERADA DALAM DIRI,
JUJUR LA DENGAN DIRI DENGAN
PENGAKUAN YANG BENAR..
DI PENTAS DUNIA INI ADALAH HANYA
TEMPAT SEMENTARA UNTUK KITA SEMUA
TETAPI DI AKHIRAT ADALAH
TEMPAT KEKAL UNTUK KITA SEMUA TIDAK KIRA
SIAPA DIA?, PANGKAT APA?, JAWATAN APA?, PARTI MANA?..
KITA SEBENARNYA SUDAH BERADA DI AKHIR ZAMAN..
KITA KENA LA SENTIASA BERDOA DEMI
KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN
NEGARA KITA MALAYSIA..


Tuesday, March 8, 2011

ALHAMDULILLAH....

TANIAH BN!!!!!
SEKALI LAGI PRK DI DUA TEMPAT MENANG DENGAN
MAJORITI YG BANYAK...
BN TELAH MENANG PRK DI
DUN MERLIMAU & DUN KERDAU.....
KEPADA SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA,
ANDA YG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA
DEMI MASA DEPAN ANDA SEMUA
YG PASTI AKAN TERJAMIN...

HIDUP BN!!! HIDUP BN!!! HIDUP BN!!!


Saturday, February 26, 2011

PRK DUN MERLIMAU & DUN KERDAU

SEMOGA PRK DI DUN MERLIMAU
& DUN KERDAU
AKAN M'JADI MILIK BARISAN NASIONAL(BN)...
HANYA UMNO & BN SAHAJA
YG AKAN MEMBELA
NASIB RAKYAT MALAYSIA DI MANA JUA...

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
TERUTAMA DI KAWASAN
DUN MERLIMAU & DUN KERDAU
KELUAR LA UNTUK MENGUNDI PADA
6 MAC 2011 NANTI...
PASTIKAN PANGKAH ANDA BETUL KERANA
SETIAP UNDI ANDA ADALAH AMAT BERMAKNA
DEMI KESEJAHTERAAN ANDA & RAKYAT SETEMPAT..

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Monday, January 31, 2011

Alhamdulillah............

TANIAH BN DUN TENANG!!!!!!!!!

BN 6699 UNDI.....

PAS 2992 UNDI.....

30 JANUARI 2011 - BN MENANG MAJORITI 3707........

ALHAMDULILLAH.... BN & UMNO TERUSKAN PERJUANGAN DEMI MEMPERTAHANKAN
AGAMA, BANGSA & NEGARA.......



Wednesday, December 8, 2010

Tiada bukti baru..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, tidak wujud sebarang keterangan atau bukti palsu dalam penyiasatan kes mata lebam Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Katanya, ia terbukti apabila semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tiada apa-apa yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan itu.

Justeru katanya, pendakwaan yang dibuat ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berhubung kes itu kerana mendatangkan kecederaan terhadap Anwar dibuat berdasarkan bukti yang ditemui dalam penyiasatan.

Sehubungan itu, katanya, PDRM berpandangan pertuduhan ke atas Abdul Rahim adalah selaras dengan keterangan yang dikumpul pihak polis.

"Abdul Rahim telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan beliau telah pun mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut," katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada perkara dibangkitkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2011 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kit Siang antaranya meminta kementerian mengkaji semula siasatan kewujudan bukti palsu berhubung kes mata lebam Anwar berdasarkan dakwaan dalam surat terbuka bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ismail bertarikh 8 Oktober 2010 seperti yang tersebar di Internet sebelum ini.

Kit Siang turut meminta supaya dakwaan bukti palsu dalam kes itu dikaji semula untuk melindungi kredibiliti kebebasan dan imej PDRM.

Penasihat DAP itu turut mendakwa sistem keadilan negara telah merosot sambil memetik kenyataan Mat Zain tersebut dan meminta seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertanggungjawab terhadap sistem keadilan jenayah yang didakwanya kucar-kacir.

Hishammuddin menjelaskan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM2,000 terhadap Abdul Rahim ekoran pengakuan bersalahnya itu dan hukuman penjara ke atas beliau sudah selesai serta kini sudah dibebaskan.

"Justeru, ingin saya nyatakan bahawa tidak berlaku apa-apa kucar-kacir di dalam sistem keadilan jenayah di negara ini ekoran kejadian tersebut sebagaimana dakwaan Yang Berhormat.

"Prinsip pengasingan kuasa memperuntukkan polis menjalankan siasatan jenayah manakala Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab menjalankan pendakwaan sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, dan mahkamah pula berfungsi sebagai tempat untuk mendengar dan membicarakan kes, adalah masih utuh," katanya.

Justeru katanya, ketiga-tiga badan itu masih memainkan peranan yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang campur tangan dalam perkara-perkara yang membabitkan sistem keadilan jenayah di negara ini.

# petikan ini dari akhbar utusan Malaysia 6dis10....... renung2kan la

demi agama, bangsa & negara.......

Tuesday, November 9, 2010

Ust Mohd Nor Deris Menjawab Tuduhan Harakah Daily


# nie penjelasan dari ust mohd nor deris sendiri dgn apa
yg telah berlaku.....

Mohd Nor Deris Kurang Ajar dengan Tok Guru Nik Aziz



# video nie menunjukkan p'bahasan dlm parti PAS sendiri
dan kemungkinan besar video nie dirakam oleh di kalangan
org2 PAS sendiri... sama2 la kita renungkan dan fikirkan
sejenak sampai bila perbalahan antara umat islam sesama
umat islam yg hanya pentingkan diri sendiri dlm negara
kita nie....
Related Posts with Thumbnails