Friday, February 19, 2010

Berdoa elak dihina di akhirat kelak...

SYED Qutub berkata: Ayat-ayat atau bukti-bukti Ilahiah yang terdapat di alam buana ini tidak terserlah hakikatnya yang banyak memberi ilham itu melainkan kepada hati-hati yang sentiasa mengingati dan beribadat kepada Allah SWT.

Mereka yang sentiasa mengingati dan menyebut Allah SWT dalam segala keadaan sama ada berdiri, duduk atau berbaring di samping memikirkan kejadian langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang.

Maka kepada hati merekalah terserlah hakikat-hakikat agung yang terkandung dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang.

Ayat ke-192

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.

Fiqh dan iktibar ayat

i. Ibn Kathir berkata: "Allah SWT tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, tetapi dengan penuh kebenaran".

ii. Ibn Abbas berkata: "Orang Musyrikin tidak dapat menegah daripada azab Allah SWT".

iii. Al-Zajjaj berkata: "Orang yang dihina dan dikeji tidak mampu untuk berhujah dan ia adalah orang yang dimasukkan ke dalam neraka".

iv. Al-Maraghi berkata: "Orang zalim ialah tidak menuruti jalan yang lurus. Oleh itu, orang yang dimasukkan ke dalam neraka dikatakan zalim untuk menyatakan bahawa punca dan sebabnya kerana sikap derhaka dan kezaliman mereka".

Ayat ke-193

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu", maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: "Penyeru yang menyeru kepada keimanan iaitu Rasulullah SAW". Baginda menyeru supaya manusia menyembah kepada Tuhan yang satu iaitu Allah Rabb al-Alamin.

Maksud orang yang menyeru dalam ayat ini kepada dua pendapat:

Pertama: Nabi SAW. inilah pendapat Ibn Ababs, Ibn Juraij, Ibn Zaid dan Muqatil.

Kedua: Iaitu al-Quran. Inilah pendapat Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi dan dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari.

ii. Al-Maraghi berkata: "Penyeru yang dimaksudkan di sini ialah Rasulullah SAW". Baginda dinamakan penyeru bagi menyatakan betapa tingginya nilai seruan ini.

Ini berlaku setelah mereka mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya, sama ada dengan cara mengingati atau berfikir.

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Imam al-Ghazali ketika menjelaskan sifat Allah al-Muqsith memberi pengertian dengan mengutip riwayat Abu Ya'la, al-Hakim, dan disebut juga oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya.

Ayat ke-194

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Muhammad Abu Zahrah berkata: "Allah SWT menyudahi ayat dengan kenyataan sesungguhnya Kamu tidak memungkiri janji untuk menguatkan harapan mereka dan mendapat keampunan dosa-dosa mereka".

ii. Al-Maraghi berkata: "Wahai Tuhan kami! Berikan pembalasan yang sebaik-baiknya kepada kami sebagaimana yang telah engkau janjikan kepada kami".

Contohnya, kemenangan di dunia dan kesenangan di akhirat sebagai balasan kepada kami kerana membenarkan para utusan-Mu dan mengikut seruan mereka.

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Dapat difahami dalam erti harfiahnya dan ini mengisyaratkan sopan-santun kepada Allah SWT sehingga tidak menampakkan diri sebagai seorang yang berhak memperoleh apa yang dijanjikan-Nya itu".

Ayat ke-195

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain, maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

Sebab nuzul ayat

Mengikut riwayat Ummu Salamah, beliau bertanya: "Hai Rasulullah, saya tidak mendengar berkenaan sebutan wanita tentang hijrah dengan sesuatupun"? Lantas turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn al-Jauzi berkata, maksud sebahagian kamu daripada sebahagian ada tiga pendapat:

Pertama: Dalam agama, pertolongan dan kepimpinan.

Kedua: Kesemua kamu dihukum sama sahaja dari segi pahala kerana lelaki daripada wanita dan wanita daripada lelaki.

Ketiga: Semua kamu berasal daripada Adam dan Hawa.

ii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT menganugerahkan pahala ini sebagai balasan kerana amalan yang dikerjakan selama mana amalan tersebut dapat mempengaruhi jiwanya.

Sekiranya amalan yang dilakukan membersihkan jiwanya, maka mereka akan memperoleh kenikmatan di akhirat, begitu juga sebaliknya".

iii. Al-Sonhaji berkata: "Doa mereka dikabulkan Tuhan. Amalan mereka tidak disia-siakan sama ada lelaki mahupun perempuan sekiranya sama-sama di dalam ketaatan".

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mentaati Allah SWT, berdoa kepada-Nya dan diselamatkan daripada bala bencana. Amin..

Saturday, February 13, 2010

sebarkan salam..!!!


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Pengumuman Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini isyarat jelas bahawa PKR bukan parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai orang lama dalam politik Zahrain terpaksa bertindak sedemikian setelah didapati sumbangan serta pengorbanannya tidak lagi diiktiraf oleh PKR.

"Kita sudah jangka perkara ini kerana telah ada pemimpin dan ahli-ahli mereka keluar parti. Zahrain mungkin sedar perjuangannya tidak lagi bermakna dan sia-sia.

"Saya percaya Zahrain terpaksa ambil keputusan ini kerana perjuangannya semakin tidak mendapat pengiktirafan. Oleh itu apa guna beliau terus kekal dalam PKR," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan cawangan Ar-Rahnu X'Change Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) di Cheras Maju dekat sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman keluar PKR oleh Zahrain hari ini. Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu turut meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Isu yang membabitkan Zahrain mula tercetus apabila beliau lantang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilabel beliau sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.

Berikutan kecaman tersebut, Jawatankuasa Disiplin PKR pada 31 Januari lalu menetapkan tempoh sebulan untuk meneliti tindakan ke atas Zahrain selain seorang lagi wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, berkemungkinan Zahrain selepas ini akan mengikut jejak wakil rakyat lain untuk tidak menyertai mana-mana parti.

"Saya fikir beliau mahu menjadi wakil rakyat bebas. Namun begitu segala-galanya terletak pada tangannya.

"Bagi UMNO kita tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang mahu berjuang bersama kita. Walau apa pun seperti yang saya katakan tadi di peringkat ini kita biarkan Zahrain untuk membuat keputusan," tambahnya.

# DALAM PETIKAN DI ATAS INI,APAKAH PANDANGAN ATAU

PENDAPAT KORANG SEMUA TENTANG APA YG TERJADI

DALAM PARTI PEMBANGKANG PADA SAAT INI??

RENUNG2KAN,,,FIKIR2KAN SEJENAK,,,DAN SILA

BERI KOMEN PANDANGAN ATAU PENDAPAT KORANG

YG BERNAS... #


Tuesday, February 9, 2010

SYUKUR,,,ALHAMDULILLAH!!! ;>

"Pertamanya,kami teramat bersyukur kepada Mu ya Allah,,dengan
berkat-Mu
ya Allah,kami telah memperoleh hidayah kemenangan
dari-Mu ya Allah..sesungguhnya
Engkau lebih mengetahui segala2 niat kebaikan
di dlm hati setiap hamba-Mu yg
tidak bersalah yg sentiasa bermohon
kepada Mu ya Allah..dan sentiasa la memberkati
dan memberi perlindungan-Mu
di dunia & di akhirat kepada kami hamba2-Mu ya Allah"...


Hari ini adalah hari yg penuh sejarah utk negeri Perak Darul Ridzuan.. Selama
setahun negeri Perak terbelenggu dgn persoalan "siapakah MB Perak yg sebenarnya?"..
dan pada hari ini 9febuari2010,terjawab utk segala persoalan

yg bermain di setiap kotak fikiran semua rakyat jelata terutama di negeri Perak..
Istana Kehakiman Putrajaya dengan sebulat suara telah memberi keputusan
bahawa Dato' Seri Dr Zambry B. Abd Kadir adalah Menteri Besar
negeri Perak yg sah
..


"TANIAH KPD DATO' SERI DR ZAMBRY B. ABD KADIR KERANA TELAH
MENJADI MB PERAK YG SAH..!!"
Ini adalah kemahuan dan kehendak rakyat yg perlu sorang MB
seperti DS Dr Zambry..
Semoga MB Perak sentiasa lebih kuat utk
memb
angunkan negeri Perak dgn lebih maju ke hadapan..
Semoga Dato' Seri Dr Zambry B. Abd Kadir akan berjaya demi

agama,bangsa dan negara...insyaallah,,mudah2an..
ALHAMDULILLAH..!!!!!!!

"DAULAT TUANKU!!!!!!!!"
SYUKUR ALHAMDULILLAH.....


Sunday, February 7, 2010

SELAMAT MENCUBA DEMI KEBAIKAN KESIHATAN KITA BERSAMA


Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “ sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Detik 9hb feb 2010....

IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau akan menerima dengan reda apa saja keputusan mahkamah Selasa ini berhubung Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.

Menurutnya, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana apa yang lebih penting sekarang menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar seperti yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

"Saya tidak mahu menjadi seperti pakatan pembangkang yang akan mencanang ke seluruh negeri tentang sesuatu isu.

"Saya akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan nanti sebagai takdir Allah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Setahun Melayari Arus Bersama Menteri Besar Rakyat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Kes pertikaian membabitkan siapa Menteri Besar Perak yang sah akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negeri ini atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Panel lima hakim yang bersidang bagi membuat keputusan itu akan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff.

Empat lagi terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd. Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Panel lima hakim yang bersidang sebelum ini menangguhkan keputusan kes itu pada 5 November lalu setelah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mengambil alih jawatan Menteri Besar Perak daripada Mohammad Nizar selepas kerajaan pakatan pembangkang tumbang akibat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan BN.

ReSepi HaRi iNi... ;>


UDANG MASAK LEMAK

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg udang galah, dibersihkan
  • 10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah dua
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak2
BAHAN2 DIKISAR HALUS
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Belacan sebesar ibu jari
Cara membuatnya :
  1. Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
  2. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
  3. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.


Thursday, February 4, 2010

RenuNg2 kan....dan berfikir la secara Positif...

Apakah nasib anak melayu nanti??
Suatu hari orang Melayu akan hilang kuasa jika tidak
dididik secara baik dan btul..
Jika orang asing memerintah,dari dasar ekonomi
akan terhakis sikit demi sikit...
Sedang Melayu asyik bergaduh merebut kuasa
kerana tamak...rakan sendiri sanggup ditikam..
Dulu Melayu berkuasa,kini semakin dicabar...
Mampukah warisan Melayu diteruskan??
Segala kepincangan yg berlaku melemahkan kuasa orang Melayu..
Orang Melayu sudah dihina di bumi sendiri...
Kadangkala ada yg gembira kerana dapat menakluk
kekayaan tapi orang Melayu yg merana sendiri..
Di manakah martabat kuasa orang Melayu pada zaman kini??
Pemimpin dahulu bersatu membebaskan Malaysia
dari penjajah tapi kini,,,Tuah & Jebat bertikam kembali..??
Jadi,perkemaskan langkah utk teruskan perjuangan...
Demi anak bangsa.....Demi ketuanan Melayu....
Demi Alif,Ba dan Ta...




Related Posts with Thumbnails