Wednesday, April 28, 2010

INI BUKTI ANUAR KEPALA YAHUDI.....


Pada tahun 2001, isteri Paul Wolfowitz, Clare Selgin mendedahkan suaminya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita islam yang bernama Shaha Ali Riza yang ketika itu bertugas di NED [National Endowment for Democracy][http://www.worldbankpresident.org/archives/000742.php]

Shaha Riza juga diberikan habuan kewangan oleh Wolfowitz melalui pemberian kontrak untuk mendapatkan maklumat risikan di Iraq.

Ketika skandal Paul Wolfowitz – Shaha Riza mula meletus didada akhbar Amerika, nama Anwar Ibrahim turut serta. Anwar sebagai Pengerusi Foundation for The Future, pada 1 Oktober 2006 telah menghantar surat kepada Ms Robin Cleveland untuk memohon perpindahan Shaha Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future.selanjutnya sini

# 1stly sorry pisau.net sbb copy info nie.. nie semua just information kepada seluruh rakyat dan rakan2 kite... kite semua perlu kena sedar dan tahu siapa pemusnah negara kite yg aman damai nie...... renung2kan la dan pikir secara positif dlm soal2 sebegini...

Nizar Menghasut ,Fitnah & Membakar Sentimen Perkauman.....

Monday, April 26, 2010

BN tawan semula Hulu Selangor...

HULU SELANGOR 25 April – Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat awal kebangkitan semula parti itu di Selangor apabila menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru, di sini.

Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kali terakhir BN menguasai kerusi Parlimen tersebut ialah pada tahun 2004 juga melalui Palanivel.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dicapai oleh BN dalam sepuluh pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Turut meraikan kejayaan BN ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di dewan itu kira-kira pukul 9.10 malam, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin komponen BN.

Berdasarkan kepada keseluruhan undi yang diterima daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di bawah Parlimen Hulu Selangor, dua daripadanya dimenangi oleh BN manakala satu lagi dimenangi oleh PKR.

BN menang di DUN Hulu Bernam dan Batang Kali tetapi tewas di Kuala Kubu Bahru yang pada pilihan raya umum lalu dimenangi oleh BN dengan majoriti 448 undi.

Bagaimanapun terdapat peningkatan ketara di kalangan pengundi Cina yang majoritinya berada di dalam DUN Kuala Kubu Bahru.

Kejayaan BN di Hulu Selangor, selain dilihat sebagai kebangkitan semula BN dalam usahanya merampas kembali pemerintahan di Selangor yang kini berada di bawah pakatan pembangkang yang diketuai oleh PKR, lebih penting daripada itu, pemimpin-pemimpin BN menyifatkan ia isyarat penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan Muhyiddin.

Sepanjang kempen berlangsung sejak 15 April lalu, kepimpinan BN terus berusaha meyakinkan pengundi-pengundi untuk menerima kembali parti itu di kawasan Parlimen berkenaan melalui penerapan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kempen pembangkang yang terus memainkan isu syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) ternyata gagal mempengaruhi pengundi yang dilihat lebih mengutamakan isu-isu tempatan dan pembangunan.

# Syukur Alhamdulillah... TANIAH BN!!!! dan taniah pada P.Kamalanathan krn telah dipilih oleh rakyat Hulu Selangor sbg wakil rakyat.. kemenangan BN nie adalah satu semangat utk PRU13 yg akan datang.... HIDUP BN!!!!! HIDUP BN!!!!! HIDUP BN!!!!!!

Thursday, April 22, 2010

‘Anwar boneka Israel’ .........


HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.

Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.

‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.

Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.

‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.

# now dah t'bukti siapa boneka israel yg sebenarnye.. sesgguhnye Allah lbh mengetahui siapa yg di pihak yg benar atau x benar.. jika b'kata2 shj tanpa bukti ia adalah satu fitnah tetapi jika b'kata2 benar dan mempunyai bukti yg kukuh ia adalah satu kebenaran yg jelas & nyata... so,kite sbg manusia yg waras dan blh b'pikir secara positif dah tentu kite kan pilih siapa yg benar2 layak utk dijadikan pemimpin... Renung2kan la........

Sunday, April 18, 2010

Pertandingan empat penjuru....

HULU SELANGOR 17 April – Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini, bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Selain calon BN, P. Kamalanathan,44 dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, 59, dua lagi calon yang disahkan layak untuk bertanding atas tiket Bebas ialah bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor, VS. Chandran, 56 dan seorang peniaga, Johan Md.Diah, 31.

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahalan ketika mengumumkan perkara itu berkata, tiada bantahan dikemukakan sepanjang proses penamaan berlangsung yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Sebelum itu, Zaid merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan iaitu pada pukul 9.06 pagi, diikuti Kamalanathan pada pukul 9.30 pagi. Chandra pula menyerahkan borang itu pada pukul 9.34 pagi, sebelum diikuti oleh Johan kira-kira dua minit kemudian.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Kawasan Parlimen itu mempunyai 64,500 pengundi di tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Ulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali.

Daripada jumlah itu, DUN Batang Kali mencatatkan jumlah pengundi tertinggi iaitu 27,832 pengundi diikuti Kuala Kubu Bahru (18,212 pengundi) dan Hulu Bernam (17,149 pengundi).

Sementara itu, mengulas mengenai pertandingan empat penjuru tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap ia tidak mendatangkan apa-apa perbezaan kerana bagi BN berapa pun jumlah calon yang bertanding, parti itu tetap bersedia menghadapinya.

Katanya, kehadiran calon bebas itu mungkin bertujuan untuk menarik undi daripada BN atau mungkin juga PKR.

“Tetapi apa pun kita tahu strategi mereka dan kita bersedia menghadapinya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas mengiringi Kamalanathan.

Ditanya mengenai tindakan Johan yang dikatakan masih menjadi ahli UMNO tetapi bertanding atas tiket bebas, Muhyiddin berkata, parti tersebut akan menyiasat kedudukan sebenar sebelum melakukan tindakan lanjut.

# rakyat seharusnye b'pikir lbh baik siapa yg lbh layak m'jadi wakil rakyat di hulu selangor.. samada anak tempatan yg sudah semestinye tau mslh dan selok belok hulu selangor atau org luar dari daerah tu yg belum tentu akan sentiasa berada di hulu selangor...? P'soalan cam nie slalu t'tanya2 dlm soal pemilihan calon wakil rakyat di hulu selangor skrg... Apa2 pun kte nntikan 25hb april 2010 nie utk penentuan siapa yg t'pilih di hati rakyat hulu selangor... Insyaallah BN tetap m'jadi pilihan rakyat di hulu selangor dan seluruh Malaysia...mudah2an,,amiiinnn............

Monday, April 5, 2010

Bloggers sokong kempen Kami Prihatin...!

Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia turut mendapat sokongan seorang penulis blog yang memaparkan logo kempen itu pada blognya.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri berkata, beliau memaparkan logo itu pada blognya kerana mahu usaha murni Utusan Malaysia itu diperluaskan lagi di alam siber.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bloggers lain untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

''Sebagai permulaan, saya menjemput para bloggers dan pengguna facebook, tidak kira yang prokerajaan atau propembangkang untuk bersama-sama menjayakan kempen Kami Prihatin.

''Kita boleh membantu dengan meletakkan logo Kami Prihatin pada blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan terhadap isu masyarakat di negara ini," katanya dalam entri blognya di alamat http://novandri.blogs pot.com.

Beliau berpendapat, selain isu politik, para bloggers dan pengguna Facebook juga mempunyai tanggungjawab penting untuk mengetengahkan isu-isu masyarakat seperti penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Dr. Novandri juga berharap, mesej Kami Prihatin dapat diperluaskan lagi supaya ia meliputi kesedaran agama kerana ada antara kes buang bayi dan penderaan berlaku disebabkan pegangan agama yang longgar.

''Saya menyasarkan lebih 600 bloggers dan pengguna Facebook akan turut serta dalam kempen peringkat siber ini,'' katanya.

KESIHATAN : Denggi berdarah boleh membawa maut!!


Apa itu denggi?

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

> Mudah lebam.

> Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.

> Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

Sifat nyamuk Aedes :

> Gigitan pada waktu pagi dan senja. (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)

> Bertelur dalam air mati yang jernih.

# information kesihatan nie adalah utk kite sume b'ingat b'sama2.. so,hope korg jaga la kesihatan diri korg masing2 demi kebaikan kite sume juga... smile always ;-)

PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya..

KUALA LUMPUR 4 April - Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TV malam ini sempena ulang tahun pertama beliau memegang jawatan itu.

Wawancara khas bertajuk Setahun di Aras 5: Temu bual Khas Bersama Perdana Menteri dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Pengarang Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah.

Mengulas lanjut, Najib berkata, idea gagasan 1Malaysia itu adalah cetusan percambahan fikiran beliau bersama beberapa kumpulan pemikir yang bertujuan mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming, percambahan fikiran, timbullah idea gagasan 1Malaysia ini," katanya.

Jelas Perdana Menteri, kemuncak kepada penghayatan gagasan 1Malaysia adalah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang.

Najib berkata, kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka.

"Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui masih terdapat beberapa halangan kepada kejayaan 1Malaysia yang dicetuskan oleh kumpulan yang memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan.

"Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya.

"Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia," katanya.

# sama2 la pikir dan faham utk masa depan yg t'baik demi agama,bangsa dan negara... jgn t'lalu sangat menabur fitnah kpd yg tidak m'jadi kenyataan.. #

Related Posts with Thumbnails