Sunday, March 28, 2010

Hindari Sifat Tak'bur....

1. Merasakan diri lebih hina daripada orang tua kerana mereka hidup lebih lama dimuka bumi Allah ini dan sudah tentunya amal ibadatnya juga lebih banyak daripada kita.

2. Merasakan diri lebih kerdil daripada kanak-kanak kerana mereka masih suci bersih daripada dosa sedangkan kita sudah dicemari tompok-tompok noda dan dosa.

3. Merasakan diri lebih kecil dari orang alim kerana ilmu mereka terlalu banyak daripada kita.

4. Merasakn diri lebih keji daripada orang jahil kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita tahu tapi masih melakukan dosa.

5. Merasakan diri lebih jijik berbanding orang miskin kerana mereka tidak bersedekah kerana ketidakmampuannya tetapi kita tidak bersedekah walaupun mampu.

6. Merasakan diri lebih rugi daripada orang kaya kerana mereka sudah tentu mempunyai harta yang lebih banyak untuk bersedekah dan membuat amal kebaikan.

Sunday, March 21, 2010

CUCUR MAGGIE... ;)

Bahan2:

1 bungkus maggie

4 cawan tepung gandum

1 batang carrot - dihiris panjang2

1 biji bawang besar dihiris2

taugeh ] ikut

daun bawang ] suka

daun kucai ] byk

daun sup ] mana

lada hitam/putih, ditumbuk ] nak taruh

garam secukup rasa

p/s: nak campur ikan bilis/ udang/ sausage yang dipotong2 pun boleh.

Cara2:

1) Maggie direndam lembut dan ditoskan.

2) Campurkan semua bahan.

3) Masukkan air dan gaul rata2 - agak2lah macam kita buat cucur kodok.

4) Lepas tu, bolehlah goreng. Minyak jangan lupa panaskan dulu....

5) Dah masak boleh makan, cicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.

oooppppsss....sorry.

1) campur sebiji telur untuk lembutkan adunan.

2) maggie plak, memang kena gunting, kalau tak, alamat berjurai panjanglah.

3) waktu nak goreng tak payah bulatkan. selalunya goreng macam cucur udang. Saiz gorengan tu tak kisahlah, nak besar - senduk nasi, nak kecil – pakai sudu.

Rendang Tok (Perak)... ;p


  • Bahan2 nya :

·

    • 1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
    • 3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
    • 3 sm halia
    • 2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
    • 3 batang serai
    • dimesin
      • 30 sen cili kering
      • 300 gm bawang merah
      • 4 ulas bawang putih
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 2 sm kulit kayu manis
    • 2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
    • 1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
    • Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
    • Sekeping gula melaka kecil.
    • Garam secukup rasa.
  • Cara Membuatnya :-
    • Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
    • Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama daging. Biarkan mendidih.
    • Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.
    • Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
    • Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak.

Friday, March 19, 2010

Wakil rakyat PKR dicabar bersumpah....

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah menafikan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September 2008.

Beliau sendiri sanggup bersumpah untuk mempertahankan kenyataan pembongkaran yang dibuatnya termasuk wujud dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong merestuinya sebagai Perdana Menteri keenam.

Baginya, tindakannya tidak lain daripada mahu menyedarkan wakil rakyat PKR yang mungkin tidak tahu hal sebenar.

‘‘Yang main peranan dalam rancangan untuk mengambil alih Putrajaya hanya dua tiga orang. Walaupun saya tidak terlibat dalam Biro Politik PKR tapi saya tahu perkara ini kerana saya sahabat baik Anwar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat 16 September.

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga bertindak meninggalkan sidang Dewan sebelum bekas orang kepercayaannya itu menghabiskan ucapan.

Zahrain antara lain mendedahkan yang Anwar telah membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar juga mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Zahrain berkata, wakil rakyat yang dijangka keluar parti dan menjadi Bebas bukan sahaja daripada PKR malah dalam kalangan wakil rakyat parti pembangkang lain.

Ditanya hubungannya dengan Ketua Pembangkang itu setelah mendedahkan pembohongan berkenaan, Zahrain berkata, beliau akan terus menyapa jika Anwar turut sama berbuat demikian.

‘‘Saya juga berharap dapat bercakap dengannya secara bersendirian dan memperingatkan bahawa beliau tidak boleh memperbodohkan orang pada sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang akhbar berasingan tidak menafikan rancangan 16 September yang digerakkan oleh Anwar seperti didedahkan Zahrain.

‘‘Berkenaan 16 September, satu hakikat bahawa pakatan, Anwar dan PKR sendiri tidak pernah menafikan perkara berkenaan dengan usaha yang kita jalankan, sasaran kita 16 September (tukar kerajaan) dan ini menjadi rahsia umum,” katanya.

Tambah beliau, pakatan pembangkang tidak akan berubah untuk berdepan dengan BN sebagai musuh politik nombor satu walaupun dengan kehadiran ramai wakil rakyat Bebas.

‘‘Tapi sekarang ada satu pasukan tentera upahan yang ada sedikit menyekat laluan kita, tapi fokus kita tidak akan terkalih,” katanya.

# dlm petikan kenyataan di atas timbul p'tanyaan,adakah beliau sanggup b'sumpah dgn ape yg telah beliau lakukan sepnjg hidupnye...? Yg penting hanya Allah swt sahaja yg mengetahui segala2nya sape yg benar dan sape yg x benar....

Thursday, March 18, 2010

Kejutan politik bermula...

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."

# apa sebenarnye yg akan b'laku dlm dunia politik pembakang yg tidak mengotakan janji sesama mereka mahu pun janji kpd rakyat dlm m'jlnkan tugas dan tggjawab? sama2 la kte wait n see..


Friday, March 12, 2010

Tengku Razaleigh mahu kekal bersama UMNO...

KUALA LUMPUR 11 Mac - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ingin terus kekal bersama-sama dengan UMNO selagi beliau masih dikehendaki oleh parti itu.

Selaras dengan pendirian itu, katanya, beliau tidak akan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

''Kenapa saya perlu meninggalkan parti yang saya telah sertai sejak sekian lama. Saya mahu kekal dengan parti ini dan terus memberikan khidmat bakti selagi mana diri saya masih diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam program Bual Bicara Perlembagaan: Hubungan Persekutuan Kerajaan Negeri, Patutkah Negeri Diberikan Lebih Kuasa anjuran Majlis Peguam di sini hari ini.

Dua lagi ahli panel ialah peguam, Sulaiman Abdullah dan Malik Imtiaz Sarwar.

Ditanya desakan sesetengah pihak supaya beliau dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat daripada UMNO kerana mempertikaikan langkah Kerajaan Persekutuan yang hanya memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan sebagai ganti royalti, Tengku Razaleigh berkata, beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti itu untuk membuat keputusan.

''Jika mereka memutuskan untuk mengambil tindakan, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak boleh membantah kerana saya hanya ahli biasa," katanya.

Dalam satu ceramah perdana anjuran Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu Januari lalu, Tengku Razaleigh menyatakan bahawa Kelantan layak menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada Petronas seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 25 Februari lalu pula berkata, beliau akan menunggu pandangan ahli-ahli parti terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut terhadap Tengku Razaleigh.

# artikel di atas nie diambil dari newspaper... lpas korang baca artikel nie dgn faham,cuba korang pikirkan sejenak apa sebenarnye agenda beliau dgn isu yg melanda dlm dunia politik kita skrg??

Sunday, March 7, 2010

Kek Lapis Payung Negara..


Bahan-bahan ( 8 1/2" x 8 1/2" loyang )

  • 450 gm mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 1 1/2" gelas tepung gandum
  • 1 1/2" gelas gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 cawan jem (aku pakai bluberry)
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan horlicks
  • 1 tin sederhana kaya

Cara-cara

  1. Pukul mentega & gula hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga betul² kembang
  3. Masukkan tepung, vanila, susu & gaul hingga sebati
  4. Bahagi kan adunan kepada 4 bahagian
  5. Bahagian 1 campur dengan jem
  6. Bahagian 2 campur dengan horlicks
  7. Bahagian 3 campur dengan milo
  8. Bahagian 4 campur dengan kaya
  9. Kukus lapisan jem baru diikuti lapisan yang lain sehingga habis...
  10. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk...

Thursday, March 4, 2010

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF : SATU PENJELASAN BERPANDUKAN PANDANGAN ULAMA MUKTABAR...

APAKAH PENGERTIAN 'QAZAF'?
:: Para ulama berbeza pendapat dlm mendefinisikan qazaf seperti berikut :
1 . Menurut mazhab Syafie,Maliki,Hambali dan pegangan dua
murid kanan Imam Abu Hanifah(iaitu pengasas Mazhab
Hanafi),iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad,qazaf
ialah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat.

2 . Pada pandangan Imam Abu Hanifah,qazaf ialah menuduh
seseorang melakukan zina sahaja. Justeru,menurut beliau
perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat,tidak boleh
dikenakan hukuman qazaf (hukuman qazaf ialah 80 kali
sebatan). Hukumannya ialah ta'zir (ta'zir ialah hukuman
yg dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim).





Related Posts with Thumbnails